Tuesday, January 29

Rehabilitasi

Assalamualaikum, salam sejahtera salam satu dua tiga.

Pada masa sekaranng ni, aku tengah masuk fasa rehabilitasi, dalam bahasa senang lenangnya, pemulihan. Ni bukan pemulihan dari ketagih dadah ke, mengubati hati yang terluka ke, bukan bukan bukan. Ni fasa dimana aku sedang dalam proses pemulihan tangan kiri aku yang patah. yes, patah.



semenjak dua tiga empat menjak aku patah tangan ni, macam macam benda aku terpaksa tangguhkan. banyak benda kau tahu. semua aktiviti luar yang lasak lasak aku hold dulu. ini yang buat aku rasa lemah supo pondey. tak terdaya tengok orang lain pergi bercuti masa cuti semester nih. ini buat aku super sedih.


tapi tak mengapa, ini semua demi masa depan tangan ni jugak, maka aku harus banyakkan bersabar. jadi aku akan pegang title OKU untuk dua ke tiga bulan nih. doakan aku untuk terus bersabar melayan kerenah dunia architorture selepas nih.



"aklakhen pernah cakap, patah tangan bukan patah hati, patah hati boleh bawak mati.. hoyess nasibbaik hati aku tak patah walaupun sipi sipi je nak hancur kerana cinta ditolak.. Heceh!"




sekian

No comments:

Post a Comment