Friday, February 1

Hostellite Ghost Stories

'setiap asrama ada kisah seram tersendiri...ini adalah kisah benar..dan memang tidak seram..'


Story#10
mangsa: afifah
gangguan: bilik air

okay,,nih first time aku letak cerita budak aspuri. sebelum sebelum nih semue cerita yang berlaku kat aspura je. so far, cerite dia nih jela yang aku tahu. and aku harap korang enjoy.

fifah,merupakan seorang awek kelantan. aku mula mula kenal die masa di tingkatan dua bile die pindah kat sekolah aku. dan dia jugak jiran aku walaupun rumah dia agak jauh dari rumah aku. lepas PMR, kitorang dapat masuk sekolah yang sama, iaitu SMT Tuanku Ja'afar kat seremban dan sama jurusan mahupun kelas.


cerite nih berlaku mase pertengahan tahun tingkatan empat. masa tuh suasana agak tenang. masih belum lagi berlaku benda pelik pelik dekat asrama. memandangkan fifah nih seorang yang ceria memanjang, memang jarang aku tengok die moody. tetapi satu hari tuh, aku perasan die lain macam je. dan aku pon tanye la dekat die.

"kau apesal ni, muram semacam je. meh story dekat aku"

''kau tahu semalam aku jumpe ape?''

''apebende doh?''

''aku jumpa bende tuh..die senyum kat akuu..takuutt..''sambil muke tak bermaya


*******

ceritanye..

malam tu, lepas supper dekat DM, die macam biasala nak balik bilik sembang sembang dengan member dia. sedar tak sedar, dah nak pukul 12 dah. maka dia pon pergi la tandas nak gosok gigi sebelum tidur.


masa masuk tandas tuh, dalam tandas tuh ade berapa orang je yang tengah basuh muka. memasing dah siap siap nak balik bilik memasing. Die pon masuk lah tandas tuh dan buat apa yang patut. mase dia tengah gosok gigi tu, tandas tuh dah kosong dah. tinggal die sorang je dalam tandas tuh. -sunyi-. tapi suasana asrama tak pernah sunyi, melainkan tandas itu.


sedang dia tengah syok gosok gigi dekat sinki, tetiba dia terpandang pintu masuk bilik air. bulu roma rasa meremang dengan sendirinya walaupun tiada apa apa di situ. rasa tiada apa yang mencurigakan, dia menghadap kembali cermin sinki. sewaktu dia menoleh kepala, masa itulah dia perasan ada lembaga melintas depan tandas. berambut panjang, tersenyum.


tergamam. kelibat tu lalu sekelip mata tapi muka kelibat tersebut seiras muka roommate dia. terus dia kumur kumur dan keluar dari bilik air terus berlari ke bilik. sampai di bilik, dicarinya kawan dia yang disangka melintas depan tandas tadi.

"kau ade lalu depan tandas tadi? "
"takdepun. kenapa?"

dan dia diamkan, terus tidur.




"hoyess, aku rasa waktu tu kitorang freshie lagi, saje je makhluk ni nak ramah mesra dengan kitorang. kempen senyum mesra gitu, "




-sekian-
Harisism

No comments:

Post a Comment