Tuesday, April 16

Genap 2 tahun


16 april. hari ini.
pada tarikh ini, dua tahun lepas. sabtu. tiga minggu selepas result SPM keluar.
aku ingat lagi tarikh haritu. hari terakhir.
tiada lagi kasih sayang dan doa seorang ayah.
"belajar rajin rajin, jaga diri, jadi orang berjaya"
kata kata terakhir dari arwah ayah.

Al-Fatihah.



May you rest in peace, in Allah's bless. 



Friday, February 1

Hostellite Ghost Stories

'setiap asrama ada kisah seram tersendiri...ini adalah kisah benar..dan memang tidak seram..'


Story#10
mangsa: afifah
gangguan: bilik air

okay,,nih first time aku letak cerita budak aspuri. sebelum sebelum nih semue cerita yang berlaku kat aspura je. so far, cerite dia nih jela yang aku tahu. and aku harap korang enjoy.

fifah,merupakan seorang awek kelantan. aku mula mula kenal die masa di tingkatan dua bile die pindah kat sekolah aku. dan dia jugak jiran aku walaupun rumah dia agak jauh dari rumah aku. lepas PMR, kitorang dapat masuk sekolah yang sama, iaitu SMT Tuanku Ja'afar kat seremban dan sama jurusan mahupun kelas.


cerite nih berlaku mase pertengahan tahun tingkatan empat. masa tuh suasana agak tenang. masih belum lagi berlaku benda pelik pelik dekat asrama. memandangkan fifah nih seorang yang ceria memanjang, memang jarang aku tengok die moody. tetapi satu hari tuh, aku perasan die lain macam je. dan aku pon tanye la dekat die.

"kau apesal ni, muram semacam je. meh story dekat aku"

''kau tahu semalam aku jumpe ape?''

''apebende doh?''

''aku jumpa bende tuh..die senyum kat akuu..takuutt..''sambil muke tak bermaya


*******

ceritanye..

malam tu, lepas supper dekat DM, die macam biasala nak balik bilik sembang sembang dengan member dia. sedar tak sedar, dah nak pukul 12 dah. maka dia pon pergi la tandas nak gosok gigi sebelum tidur.


masa masuk tandas tuh, dalam tandas tuh ade berapa orang je yang tengah basuh muka. memasing dah siap siap nak balik bilik memasing. Die pon masuk lah tandas tuh dan buat apa yang patut. mase dia tengah gosok gigi tu, tandas tuh dah kosong dah. tinggal die sorang je dalam tandas tuh. -sunyi-. tapi suasana asrama tak pernah sunyi, melainkan tandas itu.


sedang dia tengah syok gosok gigi dekat sinki, tetiba dia terpandang pintu masuk bilik air. bulu roma rasa meremang dengan sendirinya walaupun tiada apa apa di situ. rasa tiada apa yang mencurigakan, dia menghadap kembali cermin sinki. sewaktu dia menoleh kepala, masa itulah dia perasan ada lembaga melintas depan tandas. berambut panjang, tersenyum.


tergamam. kelibat tu lalu sekelip mata tapi muka kelibat tersebut seiras muka roommate dia. terus dia kumur kumur dan keluar dari bilik air terus berlari ke bilik. sampai di bilik, dicarinya kawan dia yang disangka melintas depan tandas tadi.

"kau ade lalu depan tandas tadi? "
"takdepun. kenapa?"

dan dia diamkan, terus tidur.




"hoyess, aku rasa waktu tu kitorang freshie lagi, saje je makhluk ni nak ramah mesra dengan kitorang. kempen senyum mesra gitu, "




-sekian-
Harisism

Thursday, January 31

Keterujaan

Hoyess.

pernah terasa teruja? ni bukan teruja yang yang biasa biasa, ni teruja yang macam orang marah nak bertumbuk. teruja sangat  nak tumbuk orang. punyalah teruja,





dalam hidup ni, banyak benda kita nak teruja. teruja nak tengok result exam walaupun tahu result macam layak masuk longkang. teruja bila raya menjelang sebab nak kumpul duit raya bebanyak walaupun umur dah masuk kategori yang memberi duit raya. teruja nak terserempak dengan ehem ehem walaupun bukan terserempak, sekadar lihat dari jauh.  senang cerita, teruja.

***

tapi, pernah tak kita teruja time solat?
lagi lagi time kita sujud, time kita paling hampir dengan Sang Pemilik.



mesti scratches kan?
tapi itulah hakikatnya.
kita selalu alpa.
tepuk dada tanya iman.
sejauh mana keterujaan kita terhadap Yang Maha Esa.



"Hoyesss..Teruja tak tengok entri yang ke empat ni? ini mungkin entri yang terakhir. . .untuk bulan ni. "



sekian
Harisism

Tuesday, January 29

Rehabilitasi

Assalamualaikum, salam sejahtera salam satu dua tiga.

Pada masa sekaranng ni, aku tengah masuk fasa rehabilitasi, dalam bahasa senang lenangnya, pemulihan. Ni bukan pemulihan dari ketagih dadah ke, mengubati hati yang terluka ke, bukan bukan bukan. Ni fasa dimana aku sedang dalam proses pemulihan tangan kiri aku yang patah. yes, patah.



semenjak dua tiga empat menjak aku patah tangan ni, macam macam benda aku terpaksa tangguhkan. banyak benda kau tahu. semua aktiviti luar yang lasak lasak aku hold dulu. ini yang buat aku rasa lemah supo pondey. tak terdaya tengok orang lain pergi bercuti masa cuti semester nih. ini buat aku super sedih.


tapi tak mengapa, ini semua demi masa depan tangan ni jugak, maka aku harus banyakkan bersabar. jadi aku akan pegang title OKU untuk dua ke tiga bulan nih. doakan aku untuk terus bersabar melayan kerenah dunia architorture selepas nih.



"aklakhen pernah cakap, patah tangan bukan patah hati, patah hati boleh bawak mati.. hoyess nasibbaik hati aku tak patah walaupun sipi sipi je nak hancur kerana cinta ditolak.. Heceh!"




sekian

Saturday, January 26

Entri Untukmu

Assalamualaikum, salam sejahtera salam satu dua tiga.
bersedialah dengan entri boosan ini.
hohoho

entri kalini dikarang khas untukmu,
yang di sana.

***

Yang di sana, kamu.
ketahuilah rasa ini,
datang tanpa diundang.
pergi tanpa dihalang.
aku yang membenarkannya pergi,
demi persahabatan ini.


mungkin ini selisih jalan hidup kita.
bertemu di masa ini,
mungkin berpisah di kemudian hari,
tapi mengertilah rasa ini.


dan perjalanan hidup ini masih panjang.
aku harap kita akan bertembung kembali.
dan waktu itu,
aku akan bersedia.


andai kau menunggu,
cukuplah untuk aku.
aku gembira.




"dang, aku tak pandai jejiwang lagu ni, ini bukan aku.. arghhh. *flip table* "





-sekian-



Friday, January 18

2013 - Permulaan Baharu

Assalamualaikum, salam sejahtera salam satu dua tiga.
dah lama rasanya aku tak update blog ni. ada la jugak setahun lebih. sebab apa? sebab aku bosan. *haa bagus sangat la tu, kena dengan nama blog*

hoyeah, maka pada tahun2013 ini, aku -mohammad haris bin zamzuri lagi kacak, hensem dan gojes- ini, berazam untuk mempergiatkan jenayah update entri bosan bosan. biar rosak minda korang, biar terbuang masa korang, biar lagha hidup korang. so, doakan aku berjaya. orait gays?






" hoyess, ni entri pertama tahun ni. biar nampak simple jangan nampak pimple. " 



sekian