Thursday, October 20

Hostelite Ghost Stories

"setiap asrama ade kisah seram tersendiri...ini adalah kisah benar...dan memang tidak seram.."


Story#9
mangsa:  aku(lagi??)
gangguan: pagi yang dingin

orait.
ini adalah kisah aku. kalau diingat balik, ini kali ketiga aku kena ganggu dekat asrama aku.

masa tuh hujung minggu..waktu tuh semua budak tingkatan empat dah balik rumah, yang tinggal pelajar tingkatan lima je. SPM kan. kompem2 la tak balik bebudak nih, kan? nak dijadikan cerita, waktu kejadian-kena kacau- tu pagi subuh. masa tu semua budak tengah tido lagi. yang berjaga hanya bebudak surau je yang buat qiamullail.

dan macam biasa la, dah menjadi tugas mereka untuk mengejutkan budak hostel untuk bangun subuh. diorang pergi la singgah setiap bilik dan bilik yang pertama diorang singgah adalah bilik aku. aku ni jenis yang kalau orang kejut, terus sedar. seriouuss. aku ingat lagi,aku orang pertama bangun. yang lain liat bebeno nak bangun pagi lagi2 solat subuh. lepas aku bangun je, dengan muka mamainye aku terus gerak menuju ke surau.


masa aku tengah berjalan tu, suasana hostel sunyi gila. hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. sampai je depan DM(dewan makan), aku pandang pokok besar yang ada kat depan dm tuh. takde ape pon. sampai dekat surau, sunyi dan gelap..takde orang langsung memandangkan yang lain pergi kejutkan budak.. dan aku terus berjalan ke tempat ambil wuduk yang menghadap pokok besar tadi. takde apa jugak. masa aku tunduk nak basuh muka..

GEDEBUKK...

aku nampak kelibat benda putih jatuh dari pokok besar tu. terkejut. aku cepat2  tegakkan badan aku cuba peratikan benda yang jatuh tadi. setelah aku amati betul2. takde bende pon kat bawah pokok tuh. tapi memang seriouss aku nampak benda jatuh siap dengan sound effect die jatuh. real woo.

lepas selesai solat subuh hari tuh, aku terus pergi dekat pokok besar tuh and try cari benda2 yang boleh mengukuhkan apa yang aku nampak pagi tadi. apa aku nampak, ranting patah. maka aku buat andaian bahawa..."okey, nih mesti kes malu jatuh pokok nih,,malu sangat aku nampak die,,terus je lesap..hahaha"






-Sekian-

sang penyu dan gergasi merah

PART 2

continue dari part 1.

maka bertarung lah sang penyu2 tersebut dengan kepakaran memasing.
dah nama pun ninja, plus diorang tu berempat,
maka dek tak tahan dengan tujahan demi tujahan yang ninja turtles tuh bagi..
dan gergasi merah itu pon pura2 pengsan..sambil mengengsot ke tempat persembunyian die.
penduduk pulau itu pon bersorak kegembiraan sambil menari shuffle..
sebelum gergasi merah tu beredar, die sempat melaungkan amaran..

"Rilekk..aku datang lagi hari sabtu nih"

-to be bersambung-









yeahh..aku takde semangat nak update cerite nih..takpe,,perlawanan belum tamat,,sabtu mungkin berpeluang lagi..mengharap..






-Sekian-

Tuesday, October 18

sang penyu dan gergasi merah

PART 1

pada suatu masa dulu..
di sebuah pulau yang asing lagi terpencil
tinggal seekor gergasi.
badannya warna merah.
yeahh..warna merah..warna yag menjadi lambang ketakutan kepada penduduk di pulau tersebut.
hari2 raksasa tersebut dipenuhi dengan kegembiraan..
kerana beliau berjaya mengugut penduduk2 di situ untuk mendapatkan makanan
maka beliau tak perlu bersusah payah untuk mencari rezeki

huarghhhh!


oleh kerana tak tertahan dengan sikap gergasi tersebut,
penduduk pulau itupon telah mengadakan satu upacara untuk meminta pertolongan dari dewa apetah name dewa tuh..yang pasti bukan kumpulan muzik dewa dari indonesia..kompom
nak dijadikan cerita,
malam tuh, angin sepoi2 bahasa.
di satu sudut pulau tersebut, berlaku upacara menyeru dewa laut oleh penduduk pulau itu
tetibe awan mendung mula mengelilingi pulau itu disertai hujan lebat dan kilat sabung menyabung.
tetibe lagi,, ombak setinggi empat meter mula membadai pantai berhampiran gua yang menjadi tempat tinggal gergasi merah tersebut.
gergasi itupun terkejut.lantas die keluar dari persembunyiannya
dan terlihat tak jauh dari situ, suasana agak meriah.
''ada party rock anthem ker?'' getus hatinya

Di tempat pemujaan...
dalam kegelapan malam tu,
muncul empat makhluk dari tengah laut.
TADAAAA!!

come to the rescue! yeahh
sekumpulan penyu yang memakai penutup mata muncul
maka ketua kampung tersebut telah membuat deal dengan penyu2 tersebut supaya memberi pengajaran kepada gergasi merah yang selama ini mengganggu hidup mereka.
sebagai ketua, leonardo telah mengarahkan adek beradek die untuk membelasah gergasi itu.
dalam tidak mereka sedari, gergasi merah itu telah sampai ke tempat pemujaan itu..
berjayakah sang penyu mengalahkan gergasi merah?


-to be continued-



Oh yeahh..
korang paham tak cerita nih?
nih adalah cerita imaginasi aku je.
cerite sebetulnya malam nih, atas padang stadium shah alam
yeah,tetibe muncul kat benak aku nak buat post pasal game bola malam nih.
maka post ini adalah part 1
nantikan kesinambungannya



oh yeahh..rase eksaited gila nak tengok game malam nih...aku peminat RED GIANT!! huarrgghhh!!


-Sekian-

Monday, October 17

awak sudah berpunya...

post ini punyai nilai sentimental.
bukan sakit mental. harap maklum



awak,
pertama kali saya perasan awak waktu saya darjah 3
ye. waktu tuh awak la yang menemani saya taktala saya bosan.
suara awak sungguh merdu
ramai orang meminati awak. 
saya pun 

saya tahu
awak pun tahu
perasaan yang saya ada untuk awak
tapi jarak memisahkan kita
awak di sana
saya di sini

tapi itu dulu
ketika kita masih tak tahu apa itu erti suka
namun sekarang awak sudah berpunya
saya sedih
saya pendam 
harap perasaan itu akan pergi
harap awak bahagia dengannya

tapi,
saya takkan mungkin melupakan awak
suara awak
perangai awak
senyuman awak





Ohh..aku memang takkan dapat melupakan avril lavigne..



-Sekian-

makna cuti

oh yeahh..
harini 17 oktober 2011
bermakna dah 13 hari aku cuti dan aku tak buat apa2 melainkan duduk di rumah ngadap komputer,tv dan lelain
bermakna dah 11 hari aku tak berjogging waktu cuti nih melainkan bersama tilam dan bantal yang empuk
bermakna dah 12 kali aku missed sarapan pagi sebab aku terus lunch je
memang terasa bermakna sekali



yeah..dan bermakna lagi cuti aku memang takde makna..sheet!!



-Sekian-

Saturday, October 15

Weekends yang oh yeahh!

Oh yeah..
cuti takkan bermakna tanpa weekends yang ossome
kau tahu ossome tuh apa? bukan one-two-ossom.
tuh game bebudak
kemmonn,, tak amereka lah camni



okayhh,,
pagi tadi, macam biasa la hujung minggu aku tiap2 pagi dimulakan dengan joging.
yeah, jogging buat aku rasa hensem sihat. seriouusss

dan pagi nih, aku mengubah destinasi berjogging aku.
kalau selalu pepagi aku selalu pergi taman, tapi hari ni aku berjogging di puncak bukit.
yeah, tempat nih sunyi plus sunyi. memang ummpphh la kalau berjogging.
and dah nama pun kawasan bukit.. sejuk bhai aku cakap
seriousss

tapi lagi seriouss and ossome
bila dah letih berjogging, sampai rumah dapat Milo O Ais..
pehh,, memang ummpphh, ossome dan funtastik


Ohh yeaahhh...untuk kali pertamanya aku merasakan aku tak pancit. nih yang dikatakan ossome




-Sekian-

Tuesday, October 11

Hostelite Ghost Stories

"setiap asrama ade kisah seram tersendiri..ini adalah kisah benar..dan memang tidak seram"



Story#8
mangsa:  makgad-guard perempuan
gangguan:  insiden sebelum histeria

okey.festli,, aku nak mintak maap sebab dah lama tak meng-update siri HGS nih disebabkan aku malas yang amat, dan siri ini akan tamat pada bila2 masa - maaf 

orait.masa aku dekat tingkatan lima dulu, sekolah aku ade satu peristiwa histeria besar besaran punye. alkisahnya,, -ini cerite dari member aku- satu malam tuh, kalau tak silap masa tu waktu maghrib. macam biasa la, budak aspura waktu2 macam nih selalu dekat surau solat maghrib berjemaah,lepas tu dengar tazkirah siket2 dari ustaz ammar. budak aspuri pulak jarang sungguh pergi surau nih, yela, dah nama pon perempuan yedak?diorang selalu lepak dalam bilik memasing nak bersiap siap pergi prep.


tapi, waktu nih la makgad S-(maaf, aku xingat name beliau)- pergi meronda. habis satu kawasan sekolah tu die jejak. macam biasa, takde benda yang pelik pon berlaku, paling koman pon beliau akan terserempak dengan couple2 yang baru balik dari blok kelas. ade projek discussion agaknye. 


semasa beliau meronda kawasan surau,-berhadapan dengan blok kelas/sebelah blok aspuri- die terpandang tiga susuk pelajar perempuan yang berjalan menuju ke kelas yang berada di blok sekolah. setelah diperatikan agak lama, okey, clear,, takde budak laki dlm kelas memandangkan kelas tersebut gelap gelita. jadi, beliau pon pergilah ke kelas tersebut untuk memastikan memang takde budak laki selain untuk buka lampu dekat blok berkenaan.




bila beliau berhampiran dengan wakaf(pondok), beliau nampak para pelajar tadi keluar kelas dengan tergesa gesa. dan apa yang menghairankan beliau adalah bila bilangan pelajar tadi menjadi empat orang. mengingatkan orang yang keempat itu adalah pelajar lelaki, beliau cuba menyergah mereka di tangga. tapi lagi pelik, apabila sampai di tangga bilangan pelajar tadi menjadi tiga balik. lagi seorang lesap begitu saja. beliau pon menyoal siasat mereka bertiga. ''tadi akak nampak ade empat orang,mane lagi sorang tu?" "haa??empat??kami bertiga jela kak.mane ade orang lain.kitorang amek buku ni haa.ni nak balik la ni." "laa,habis siapa tadi yang berjalan paling belakang? pakai baju hitam?memang akak nampak tadi ade empat orang." 


dan muka memasing pon pucat. budak perempuan tu cepat2 balik bilik memasing. makgad pulak buat tak endah je perkara yang baru berlaku. dan lepas maghrib tuh, histeria besar-besaran berlaku. dah macam medan perang mase tuh tengok warden usung pelajar histeria. ramai seh!









-Sekian-

Monday, October 10

Seriouusss matter

mood: seriouss takde mood

Oh yeahh..

kalau mengikut kajian prof.dato kaukenekelentong-seriusli boleh dipercayai okey- ramai rakyat malaysia shukew sangat tonton drama korea. seriussli??

okayy,
aku bukan seorang yang meminati cerita2 korea..seriousss
aku pun bukanlah seorang yang nak amek tahu pasal artis2 korea..serioouusss
dan aku pon bukan seorang yang fanatik pasal korean-thingy..likely seriouusss
and and,,aku prefer japan berbanding dengan korea..serioouussss?

INI SERIOUSSS..-wonderpet(mimi)


waddeheeewwwl*??
kenapa ramai orang yang sangat seriouss/fanatik dengan korea?
adakah disebabkan hero die tampan??-seriouss hensem lagi aku
adakah disebabkan heroin die kiut miut ala tomey2??-seriouss kiut lagi awek aku
adakah korang rase cite cinta korea tu sama macam jalan hidup korang??-seriouss pfftt laa
tapi bagi aku,
aku memang seriouss dengan awek2 seksi comel,kiut miut,lagi seksi cantik macam grup SNSD bawah ni.
okey, seriouss aku admit, tang ni jela yang aku suke korea.



and aku rase, aku dah jauh berlari meninggalkan topik kenapa rakyat malaysia shukew tonton cerita korea.
hatta hussain bolt pon xmampu untuk mengejar aku dalam bab2 mengarut nih.
aku rase.


Ouhh..kenapa aku tetibe seriouss nihh??demmm..entry nih seriousss mengarut




-Sekian-

Sunday, October 9

pertama dalam lima

Oh yeahh..
entry pertama untuk kesekelian kalinye setelah berbulan bulan aku tak hupdate.-lebih tepat LIMA bulan-
so,aku taktau nak update pasal apa.

jadi,untuk menampakkan aku ni jenis yang HupToDate,,
aku nak habaq mai pasai Bajet2012..
fresh lagi cerite nih. baru semalam kott PM bentang.
so,untuk tidak memanjangjela-kan entry nih aku akan terus ke konklusi.


Konklusi

seriussheet aku tak tahu apa apa pasal Bajet2012 nih.
sebabnye,aku dah lost contact dengan media massa melainkan fesbuk.
and apa yg aku dengar,-orang cakap la- bajet tahun depan best.
kau tahu apa benda best tu?
best tu macam kau dapat Milo O Ais percuma mase kau lepak kat mamak.
serius BEST.
and extra BEST bila aku tahu lagi yang bermula tahun depan,
students-macam aku- dapat benefit dimana setiap orang dapat baucar buku rm200 hengget ..
walaupun rasa macam ciput, at least aku bersyukur la dapat duit nih
sebab buku untuk course aku dekat UIA macam deng mahal.

maka, konklusi dari konklusi yang aku buat nih ialah,
tahun depan aku boleh enjoy dengan rm200 yang kerajaan bagi tuh
HAHAHAHA







Oh yeahh,, kau tahu rm200 tu boleh buat apa?Milo O Ais 3kali sehari untuk setiap hari dalam masa 2bulan..BEST kan??






-sekian-