"setiap asrama ade kisah seram tersendiri..ini adalah kisah benar..dan memang tidak seram"
Story#8
mangsa: makgad-guard perempuan
gangguan: insiden sebelum histeria
okey.festli,, aku nak mintak maap sebab dah lama tak meng-update siri HGS nih disebabkan aku malas yang amat, dan siri ini akan tamat pada bila2 masa - maaf
orait.masa aku dekat tingkatan lima dulu, sekolah aku ade satu peristiwa histeria besar besaran punye. alkisahnya,, -ini cerite dari member aku- satu malam tuh, kalau tak silap masa tu waktu maghrib. macam biasa la, budak aspura waktu2 macam nih selalu dekat surau solat maghrib berjemaah,lepas tu dengar tazkirah siket2 dari ustaz ammar. budak aspuri pulak jarang sungguh pergi surau nih, yela, dah nama pon perempuan yedak?diorang selalu lepak dalam bilik memasing nak bersiap siap pergi prep.
tapi, waktu nih la makgad S-(maaf, aku xingat name beliau)- pergi meronda. habis satu kawasan sekolah tu die jejak. macam biasa, takde benda yang pelik pon berlaku, paling koman pon beliau akan terserempak dengan couple2 yang baru balik dari blok kelas. ade projek discussion agaknye.
semasa beliau meronda kawasan surau,-berhadapan dengan blok kelas/sebelah blok aspuri- die terpandang tiga susuk pelajar perempuan yang berjalan menuju ke kelas yang berada di blok sekolah. setelah diperatikan agak lama, okey, clear,, takde budak laki dlm kelas memandangkan kelas tersebut gelap gelita. jadi, beliau pon pergilah ke kelas tersebut untuk memastikan memang takde budak laki selain untuk buka lampu dekat blok berkenaan.
bila beliau berhampiran dengan wakaf(pondok), beliau nampak para pelajar tadi keluar kelas dengan tergesa gesa. dan apa yang menghairankan beliau adalah bila bilangan pelajar tadi menjadi empat orang. mengingatkan orang yang keempat itu adalah pelajar lelaki, beliau cuba menyergah mereka di tangga. tapi lagi pelik, apabila sampai di tangga bilangan pelajar tadi menjadi tiga balik. lagi seorang lesap begitu saja. beliau pon menyoal siasat mereka bertiga. ''tadi akak nampak ade empat orang,mane lagi sorang tu?" "haa??empat??kami bertiga jela kak.mane ade orang lain.kitorang amek buku ni haa.ni nak balik la ni." "laa,habis siapa tadi yang berjalan paling belakang? pakai baju hitam?memang akak nampak tadi ade empat orang."
dan muka memasing pon pucat. budak perempuan tu cepat2 balik bilik memasing. makgad pulak buat tak endah je perkara yang baru berlaku. dan lepas maghrib tuh, histeria besar-besaran berlaku. dah macam medan perang mase tuh tengok warden usung pelajar histeria. ramai seh!
-Sekian-
No comments:
Post a Comment