Tuesday, October 18

sang penyu dan gergasi merah

PART 1

pada suatu masa dulu..
di sebuah pulau yang asing lagi terpencil
tinggal seekor gergasi.
badannya warna merah.
yeahh..warna merah..warna yag menjadi lambang ketakutan kepada penduduk di pulau tersebut.
hari2 raksasa tersebut dipenuhi dengan kegembiraan..
kerana beliau berjaya mengugut penduduk2 di situ untuk mendapatkan makanan
maka beliau tak perlu bersusah payah untuk mencari rezeki

huarghhhh!


oleh kerana tak tertahan dengan sikap gergasi tersebut,
penduduk pulau itupon telah mengadakan satu upacara untuk meminta pertolongan dari dewa apetah name dewa tuh..yang pasti bukan kumpulan muzik dewa dari indonesia..kompom
nak dijadikan cerita,
malam tuh, angin sepoi2 bahasa.
di satu sudut pulau tersebut, berlaku upacara menyeru dewa laut oleh penduduk pulau itu
tetibe awan mendung mula mengelilingi pulau itu disertai hujan lebat dan kilat sabung menyabung.
tetibe lagi,, ombak setinggi empat meter mula membadai pantai berhampiran gua yang menjadi tempat tinggal gergasi merah tersebut.
gergasi itupun terkejut.lantas die keluar dari persembunyiannya
dan terlihat tak jauh dari situ, suasana agak meriah.
''ada party rock anthem ker?'' getus hatinya

Di tempat pemujaan...
dalam kegelapan malam tu,
muncul empat makhluk dari tengah laut.
TADAAAA!!

come to the rescue! yeahh
sekumpulan penyu yang memakai penutup mata muncul
maka ketua kampung tersebut telah membuat deal dengan penyu2 tersebut supaya memberi pengajaran kepada gergasi merah yang selama ini mengganggu hidup mereka.
sebagai ketua, leonardo telah mengarahkan adek beradek die untuk membelasah gergasi itu.
dalam tidak mereka sedari, gergasi merah itu telah sampai ke tempat pemujaan itu..
berjayakah sang penyu mengalahkan gergasi merah?


-to be continued-



Oh yeahh..
korang paham tak cerita nih?
nih adalah cerita imaginasi aku je.
cerite sebetulnya malam nih, atas padang stadium shah alam
yeah,tetibe muncul kat benak aku nak buat post pasal game bola malam nih.
maka post ini adalah part 1
nantikan kesinambungannya



oh yeahh..rase eksaited gila nak tengok game malam nih...aku peminat RED GIANT!! huarrgghhh!!


-Sekian-

No comments:

Post a Comment