"setiap asrama ade kisah seram tersendiri...ini adalah kisah benar...dan memang tidak seram.."
Story#9
mangsa: aku(lagi??)
gangguan: pagi yang dingin
orait.
ini adalah kisah aku. kalau diingat balik, ini kali ketiga aku kena ganggu dekat asrama aku.
masa tuh hujung minggu..waktu tuh semua budak tingkatan empat dah balik rumah, yang tinggal pelajar tingkatan lima je. SPM kan. kompem2 la tak balik bebudak nih, kan? nak dijadikan cerita, waktu kejadian-kena kacau- tu pagi subuh. masa tu semua budak tengah tido lagi. yang berjaga hanya bebudak surau je yang buat qiamullail.
dan macam biasa la, dah menjadi tugas mereka untuk mengejutkan budak hostel untuk bangun subuh. diorang pergi la singgah setiap bilik dan bilik yang pertama diorang singgah adalah bilik aku. aku ni jenis yang kalau orang kejut, terus sedar. seriouuss. aku ingat lagi,aku orang pertama bangun. yang lain liat bebeno nak bangun pagi lagi2 solat subuh. lepas aku bangun je, dengan muka mamainye aku terus gerak menuju ke surau.
masa aku tengah berjalan tu, suasana hostel sunyi gila. hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. sampai je depan DM(dewan makan), aku pandang pokok besar yang ada kat depan dm tuh. takde ape pon. sampai dekat surau, sunyi dan gelap..takde orang langsung memandangkan yang lain pergi kejutkan budak.. dan aku terus berjalan ke tempat ambil wuduk yang menghadap pokok besar tadi. takde apa jugak. masa aku tunduk nak basuh muka..
GEDEBUKK...
aku nampak kelibat benda putih jatuh dari pokok besar tu. terkejut. aku cepat2 tegakkan badan aku cuba peratikan benda yang jatuh tadi. setelah aku amati betul2. takde bende pon kat bawah pokok tuh. tapi memang seriouss aku nampak benda jatuh siap dengan sound effect die jatuh. real woo.
lepas selesai solat subuh hari tuh, aku terus pergi dekat pokok besar tuh and try cari benda2 yang boleh mengukuhkan apa yang aku nampak pagi tadi. apa aku nampak, ranting patah. maka aku buat andaian bahawa..."okey, nih mesti kes malu jatuh pokok nih,,malu sangat aku nampak die,,terus je lesap..hahaha"
-Sekian-
No comments:
Post a Comment